Monday 26 December 2011

Hotel yang Tersejuk



Hotel Ais

Tanggapan pertama tentang Hotel ais ialah hotel yang dibina daripada salji.  Seperti kebanyakkan syarikat, kami mempunyai konsep perniagaan dan sejarah.  Idea untuk memulakan perniagaan kami berasal dari kampung halaman kami iaitu di Jukkasjärvi yang terletak di Daerah Kiruna, Norrbotten, Sweden.  Dari tingkap pejabat kami, kami dapat melihat Sungai Torne yang mengalir, dengan cuaca artik yang sejuk, cahaya aurora (The Northern Lights) dan juga Midnight Sun

Setiap musim yang berlalu, kami mendapat inspirasi daripada sungai mengalir, samaada ketika ianya sejernih kristal atau pun ada masanya tidak berwarna.  Sungai Torne menawarkan pengalaman yang unik dengan alam semulajadi.  Keindahan ini berubah-rubah mengikut musim sepanjang tahun.Keindahan alam sekitar kampung halaman kami, yang hendak kami kongsikan dengan dunia

Apa yang kami bina setiap musim sejuk bukan hanya sekadar hotel semata-mata, tapi ianya merupakan sebuah projek kesenian yang bersifat sementara waktu.   Setiap musim, kami menawarkan pelbagai suasana Lapland.  Setiap tahun, pelancong dari seluruh dunia datang melawat kampung kecil kami di Lapland yang terletak kira-kira 200 km selatan daripada bulatan artik.  Malah ada daripada pelancong yang meneruskan perjalanan utara, mendaki gunung-ganang, menyelusuri Utara Norway menuju ke arah fjords.  Selain daripada Sungai Torne, sungai-sungai di bandar-bandar utama dunia seperti London, Istanbul, Chicago, Barcelona dan lain-lain turut membeku.  Oleh sebab itu, Sungai Torne bukan sahaja merupakan tempat yang terbaik untuk dilawati, ia juga merupakan di antara tempat yang dikenali di dunia.

Sumber:

http://www.icehotel.com/uk/ICEHOTEL/About-ICEHOTEL/

No comments:

Post a Comment