Wednesday 18 January 2012

JAWATAN KOSONG ~

Anda masih mencari-cari pekerjaan??
Mungkin rezeki dan peluang anda di sini...



Thursday 29 December 2011

D'impian Samrah Resort, Janda Baik, Pahang

Janda Baik, sebuah destinasi pilihan bagi pengunjung-pengunjung yang inginkan suasana damai jauh dari kesibukan kota. D'impian Samrah Resort dilengkapi kolam renang, bilik persidangan, kafeteria dan restoran yang menyajikan makanan barat dan timur yang enak. Matlamat utama resort ini diwujudkan ialah untuk menjadikannya sebuah pusat sehenti program bina diri dan percutian lengkap. Pengunjung masih boleh menikmati udara segar dan sejuk. Pada waktu malamnya pula, suhu di resort boleh mencapai sehingga 22 darjah celcius.Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya mendaki bukit ke Air Terjun Ulu Tampit yang mengambil masa kira-kira sejam perjalanan melalui trek yang disediakan. Penat lelah seolah-olah hilang apabila para pengunjung dapat menikmati kedinginan air terjun yang mengalir deras di situ. Bagi pengunjung yang ingin pengembaraan yang lebih bermakna, mereka bolehlah meneruskan pendakian hingga ke air terjun tingkat ke tujuh yang pastinya akan memberi pengalaman yang unik. Selain itu, banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seperti ladang buah-buahan, kolam ternakan ikan, ladang organik selain berkelah di Pulau Santap






















Wednesday 28 December 2011

Pertandingan Foto Kenangan Bersama D`Impian

Hadiah-hadiah lumayan menanti anda layari http://kopitiamdimpian.blogspot.com/p/pertandingan-foto.html @ hubungi shafeeq.dimpian@gmail .com

Tuesday 27 December 2011

Early Bird Promotion

JANGAN KETINGGALAN..........PELUANG HANYA SEKALI... APE TUNGGU LAGI? DATANGLAH MENGINAP DI HOTEL KAMI DI ALAMAT : PARIT RAJA BATU PAHAT JOHOR
          

Monday 26 December 2011

Hotel yang Tersejuk



Hotel Ais

Tanggapan pertama tentang Hotel ais ialah hotel yang dibina daripada salji.  Seperti kebanyakkan syarikat, kami mempunyai konsep perniagaan dan sejarah.  Idea untuk memulakan perniagaan kami berasal dari kampung halaman kami iaitu di JukkasjÀrvi yang terletak di Daerah Kiruna, Norrbotten, Sweden.  Dari tingkap pejabat kami, kami dapat melihat Sungai Torne yang mengalir, dengan cuaca artik yang sejuk, cahaya aurora (The Northern Lights) dan juga Midnight Sun

Setiap musim yang berlalu, kami mendapat inspirasi daripada sungai mengalir, samaada ketika ianya sejernih kristal atau pun ada masanya tidak berwarna.  Sungai Torne menawarkan pengalaman yang unik dengan alam semulajadi.  Keindahan ini berubah-rubah mengikut musim sepanjang tahun.Keindahan alam sekitar kampung halaman kami, yang hendak kami kongsikan dengan dunia

Apa yang kami bina setiap musim sejuk bukan hanya sekadar hotel semata-mata, tapi ianya merupakan sebuah projek kesenian yang bersifat sementara waktu.   Setiap musim, kami menawarkan pelbagai suasana Lapland.  Setiap tahun, pelancong dari seluruh dunia datang melawat kampung kecil kami di Lapland yang terletak kira-kira 200 km selatan daripada bulatan artik.  Malah ada daripada pelancong yang meneruskan perjalanan utara, mendaki gunung-ganang, menyelusuri Utara Norway menuju ke arah fjords.  Selain daripada Sungai Torne, sungai-sungai di bandar-bandar utama dunia seperti London, Istanbul, Chicago, Barcelona dan lain-lain turut membeku.  Oleh sebab itu, Sungai Torne bukan sahaja merupakan tempat yang terbaik untuk dilawati, ia juga merupakan di antara tempat yang dikenali di dunia.

Sumber:

http://www.icehotel.com/uk/ICEHOTEL/About-ICEHOTEL/