Thursday 15 December 2011

Hotel yang terkecil


Kapsul di Osaka
Permandangan di dalam kapsul dengan TV sebelah kiri atas.

Hotel Kapsul ialah hotel dengan jumlah bilik yang sangat banyak dan saiz setiap bilik sangat kecil. Matlamat hotel kapsul ialah untuk menyediakan penginapan asas untuk bermalam dengan harga yang murah. Hotel kapsul menyediakan keselesaan dengan harga yang murah lazimnya sekitar 2000 - 4000 yen (US26 -52) semalaman.  Hotel kapsul tidak menawarkan perkhidmatan seperti yang disediakan oleh oleh konvensional. 

Ruang untuk hotel ialah sebesar 2 meter x 1 meter x 1.25 meter sebagai ruang untuk tempat tidur. Kemudahan hiburan yang disediakan ialah televisyen, konsol elektronik dan juga internet tanpa wayar.  Kapsul ditempatkan 2 tingkat bersebelahan dan tangga ke aras 2 disediakan.  Barangan di simpan di loker. Privasi penginap dilindungi oleh langsir dan juga pintu fiberglass. Pakaian dan kasut juga kadang-kadang ditukar dengan gaun yukata dan kasut di tempat pendaftaran.  Tuala juga disediakan.  .Tandas adalah berkongsi dan sesetengah hotel menyediakan restoran atau setidak-tidaknya mesin layan diri, kolam renang dan juga fasiliti hiburan yang lain.

Jumlah kapsul bagi setiap hotel secara lazimnya berbeza di antara satu sama lain.  Sesetengah hotel mempunyai 50 buah kapsul, malah ada yang mempunyai lebih 700 buah kapsul.  Kebanyakkan tetamu yang mendiami hotel kapsul adalah lelaki.  Terdapat juga hotel kapsul yang memisahkan blok lelaki dan perempuan. 

Sesetengah daripada tetamu hotel kapsul terdiri daripada pekerja yang terlalu penat untuk pulang ke rumah masing-masing atau pun menghadapi masalah di rumah dan perlukan tempat untuk bermalam.  Kemelesetan ekonomi Jepun pada awal tahun 2010 telah melonjakkan  peningkatan tetamu sebanyak 30% di Hotel Kapsul Shinjuku Tokyo.  Mereka terdiri daripada mereka yang menganggur ataupun mereka yang menyewa kapsul secara bulanan.

disesuaikan dan diterjemah dari http://en.wikipedia.org/wiki/Capsule_hotel

No comments:

Post a Comment